Saya Sedang Membaca

The Consuming Fire oleh John Scalzi | Pemberontak Filem oleh Nasir Jani | The Prague Cemetry oleh Umberto Eco | Confessions of a Mask oleh Yukio Mishima | In Search of Modernity: A Study of the Concepts of Literature, Authorship and Notions of Self in "Traditional" Malay Literature oleh Hadijah Rahmat |

Sunday, December 2, 2007

Maskara 5 - Perempuan Naik Tochang



Sebenarnya, saya tidak mahu menulis tentang majlis ini dan hanya mahu menghiburkan diri saya pada malam itu. Tetapi, saya perlu mengaku, pada malam itu, adalah Maskara yang paling menyeronokkan, paling besar, paling pelbagai dan paling ramai yang pernah saya pergi. Ucapan setinggi-tinggi syabas saya kepada Pink Platun yang handal mempengerusikan majlis serta Sindiket Sol-Jah yang banyak memberi bantuan.


Dengan tirai latarnya berlatarkan ampaian baju perempuan, sudah cukup membuat saya tersengih akan perlambangan kuasa, seksualiti, politik dan sosial yang ingin disampaikan pada malam itu. Hanya, saya merasakan ruang majlis sudah bertambah kecil kerana kesesakan dengan para penonton, maka menjadikan ruang duduknya makin panas. Ini akan memberi satu tamparan kepada Maskara kerana, seperti kawan-kawan yang saya pernah bawa, mereka kurang selesa dengan kepanasan ruang di tingkat bawah Rumah PENA. Mungkin para penganjur perlu memikirkan tempat atau alat penyejuk yang sesuai buat majlis itu.


Tema malam itu sangat segar- tentang perempuan: apa yang mereka ada dan apa yang mereka mahu. MC pada malam itu sungguh celoteh, seorang wanita memboyot, berlintup seksi hitam dengan penggayaan ala-ala Raja Azura kelas dua. Dia mungkin tidak seprofesional Zaifulnizam, tetapi perangai celotehnya yang bukan-bukan, santai, kekampungan dan tak kena tempat telah berjaya menyatukan agenda Maskara yang sebenar-benarnya: membaur pelbagai golongan seni ke dalam sebuah tempat di mana pelbagai golongan ini boleh bercekerama di bawah satu bulan yang sama. Malah, kadang-kadang dia 'menyampuk' kata penyampai di balik tirai, dan kadang-kadang dia membuak ketawa. Malam itu, saya dapat rasakan semangat bohemia kampung yang sungguh Melayu, sungguh unik, berjaya diangkat oleh MC perempuan itu, malah dengan perangainya, telah membuak keseronokan yang tidak eprnah saya tonton, mengingatkan saya kepada persembahan-persembahan Mak Nyah yang pernah saya tonton di jalanan, tetapi ini lebih baik, kerana MC ini seorang perempuan, dan dia membawa semangat 'peduli apa orang nak kata pada aku' yang sememangnya mewakili mesej tema wanita malam itu- bila wanita naik tochang. Pendek kata: She is irritating and loud at the same time, she shines!


Semangat santai bohemia kekampungan itu disampung berkuasa dengan pelbagai penulis-pembaca yang menyampaikan karya mereka. Saya perlu akur, pemilihan pada malam itu adalah pemilihan yang terbaik pernah saya tonton. Saya tahu, bila anda sudah pergi mendengar pembacaab di Seksan, atau di Top Hat, anda akan terkejut dengan pembacaan di Maskara. Ini adalah kerana, di Seksan, pemilihan pembacanya sungguh teliti, agak elitis dan agak serius. Anda merasakan anda di kalangan 'high breed' sastera walaupun mereka akan menafikannya. Ini termasuklah di Top Hat yang sungguh "English centric" di mana anda akan rasa 'terkeluar' sedikit jika anda tidak merokok, minum arak dan melayan jazz.


Di Maskara Rumah PENA, anda boleh jadi sesiapa anda mahu, orang boleh cemuh anda, orang boleh gelakkan anda, orang boleh sokong anda, tapi anda tetap akan kata, peduli apa? Inilah kekuatan Maskara. Dan pada malam Maskara 5, ia berjaya mencapai tahapnya yang terbaik.


Saya bertemu dengan 'laksa' penulis Islamik Ummi, terhibur dengan golongan penyair ala Indon pascaAADC si wanita dan dua perempuan bisu, bertemu dengan Bernice Chauly yang ditunggu-tunggu, Daun dan Bunga dari Pink Platun, dan Salimah Ibrahim si penulis pop terkenal yang juga menulis sastera serius. Kemudian, saya dapat mendengar Atok bertatih, Cikgu Sidek bernyanyi, Lutfi yang hebat dengan cerita politiknya, Tok Rimau dengan cerita hebatnya, Adi yang serius dan 'deep' dan Sinaganaga yang seronok. Malam itu, gelak ketawa, terhibur, serius, tersentuh, pelbagai rasa yang berjaya dipamerkan dan dikongsi, dan kita tidak perlu dengan arak atau sentuhan muzik jazz untuk terhibur dengannya.


Ummi yang memaparkan novel Islamiknya, mencuit perasaan dengan 'betapa serius'nya dia dengan karyanya yang 'memberi manfaat'. Hanya, dia perlu berjaga-jaga, jangan tampilkan 'pengkahiran' kepada penonton, kerana anda mahu memasarkan karya anda. Orang tidak mahu tahu tentang bagaimana anda mengakhiri cerita anda. Orang takkan beli novel itu bila anda dah beritahu akhrinya. Apa-apa pun, Ummi begitu bersemangat memaparkan perjuangannya.


Si perempuan dengan dua wanita bisu juga mencuit. Saya dibawa kembali pada bayangan penyair-penyair besar. Bait-baitnya yang memamah saya, menghibakan saya, membuat saya tersentak. Hati laranya menyakitkan. Hanya saya tergamam, tulisannya semua oleh lelaki (pandangan saya), walapun disampaikan dengan baik dan kuat oleh seorang wanita- memaparkan kadang-kala lelaki masih punya tangan atas terhadap keinginan dan niat wanita itu sendiri.


Selepas itu, kami berehat seketika. Saya sungguh kagum kerana, kebanyakan DVD dan buku yang saya beri secara percuma lama itu habis disapu oleh para hadirin.


Kemudian, Bernice Chauly, walaupun sekali lagi, memberikan karya yang bukan ditulis olehnya (jika saya salah dengar) tetapi Jit Murad, telah memberikan satu 'sisi lain' tentang seorang perempuan yang ditindas haknya sebagai seorang perempuan. Bernice, seperti biasa, memancarkan keseronokan dengan ceritanya yang pelbagai lapisan, membuak perasaan simpati dan geram terhadap sistem patriaki lelaki.


Kemudian kita diperdengarkan Salina Ibrahim, ya penulis jutawan itu yang kedua terkaya selepas Ahadiat Akasyah. Dia membacakan karya 'semi-snooze'nya tentang jati diri dan akar para wanita, cerita yang kami sudah banyak kali dengari tetapi didengarkan kembali pada malam itu. Salina memang seorang yang teliti dan sangat dekat dengan jati dan gaya perempuan Melayu, walaupun dalam hidup serba moden sekarang. Hanya ceritanya agak berpusing pada satu gelung yang nyata, terlalu nyata, ia membuak keinginan mengajar apa yang sudah sedia maklum.


Kemudian kita diperkenalkan dengan Daun dan Bunga, kedua-duanya penulis baharu wanita yang mempunyai semangat 'peduli apa aku'. Saya suka dengan penggayaan mereka dan semangat cerita mereka (walaupun ada satu bukan karyanya). Cerita mereka tidak lagi tertutup terhadap merintih keinginan wanita yang lemah, tetapi sikap individualis yang kuat, menyelusuri zaman moden serba maju dan pantas, di mana lelaki buat mereka adalah lelaki, seperti mereka, insan saja, tetap pandai dan bodoh seperti mereka. Ini saya dapat tangkap tersemat dalam karya Daun yang baik tentang persoalan pengenalan keJawaannya (walaupun isinya memaparkan persoalan identiti Melayu dalam masyarakat Malaysia yang maju). Persoalan bagi wanita bukan lagi tertutup pada mereka ditindas, mereka diduga dalam dunia yang lelaki dan bersistem menindih, tetapi mereka ingin memaparkan isu-isu lain juga yang membuat mereka ghairah, mereka seronok, dan ini bukan saja berkenaan anak, suami dan masakan.


Kemudian, terpapat Atokz dengan sajak 'bayi'nya tentang keganasan lelaki terhadap wanita dan keinginan wanita Mak Nyah seperti mana cerita Bernice Chauly. Kemudian, Lutfi yang pro-lelaki menyampaikan satu sisi cerita yang saya rasa dapat menghiburkan kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan. Selepas itu Adi, seorang penyair baru yang sangat menakutkan saya. Menakutkan saya kerana, bagi saya, Adi adalah suara baharu penyair tanah air kita. Sajaknyalah yang dibaca oleh si Perempuan dan dua wanita bisu pada awal majlis tadi. Adi memang seorang penyair yang sebenar, semacam kata-kata yang dilemparkan datang dari hatinya. Ketelitiannya dan penggunaan kata-katanya, aduh, tidak pernah ada Chairil Anwar menyiksa saya seperti yang Adi buat malam itu. Rugi besarlah jika para pengkaji sastera kita tidak kenal akan penyair hebat ini.


Kemudian, Cikgu Sidek juga hebat, membacakan puisi-puisi tradisionalnya dengan gaya yang ad hoc sekali. Beliau memaparkan, orang tua pun masih kuat lagi minyaknya. Akhir sekali, saya ditemukan pada pertama kali dengan Tok Rimau. Beliau juga sangat menghiburkan, dan sangat eccentric orangnya. Dan seperti biasa, Sinaganaga dengan keluaran 'bayi' baharunya telah membacakan sebuah karya yang baik tentang mendekonstruksi makna cinta. Bagi saya, majlis yang dibuat malam itu, langsung menghiburkan dan bermakna, sehingga habis pada 11 malam tidak merugikan buat saya menghadirinya.

16 comments:

Tok Rimau said...

Tok cuma tersedar kehadiran engkau apabila sudah terlambat. Engkau sudah melangkah pulang.

Tok juga cuma tersedar kehadiran Asain sudah terlambat.

Tok sibuk jual bayi Naga, lupa nak tengok bayi lain yang terjual.

Amyz! said...

tema pentas : kain jemuran disidai dalam rumah kerana di luar hujan. Haha. :-p

Special thanks utk dvd & buku percuma.

hEr namE is diEla said...

Adi adalah kekuatan pada malam itu..
Dia boleh pergi jauh..
Punya bakat yang besar..

Nida Shaari said...

Wow! review yang hebat.

Cuma.. Encik Fadz, saya Madu.. bukan Bunga..

Anonymous said...

NO BLACK TIE, bukan TOP HAT. Isu arak & jazz kurang relevan. Tak semua orang minum arak & ramai yang jahil jazz, meskipun berada di tempat yang dikaitkan dengan elemen-elemen sebegitu. Isunya cuma satu: adakah kamu sanggup mengorbankan prejudis & meruntuhkan dinding egoisme, malah 'mencabar' ego/morale itu sendiri, dalam mengapresiasi seni & sastera? Kamu cuma perlu beri seni & sastera peluang, walau di ruang mana sekalipun ia berada.

azieazah said...

Salam.. Fadli

Terimakasih atas komen melalui post mortem anda.. yang lain2 memang saya harus setuju krn itu melalui kaca mata anda..

Saya berterimakasih dan amat menghargai apa yang anda katakan tentang MC perempuan itu.. heheheh.. (cuma memboyot itu agak lucu..)

Saya belajar sesuatu yg bernilai tinggi.. iaitu kita harus menjadi diri kita yang asli, baru ada kepuasan. Saya juga belajar, krn itu adalah pengalaman pertama bersama MASKARA, malam terlalu sedikit pengalaman dlm bidang pengacaraan. malah konsep santai itulah yang banyak menyelamatkan saya..

Terimakasih semuaa...

sinaganaga said...

Hendak buat di luar - takut hujan dan sound system TARAKKKK!

Sindiket Sol-Jah sangat miskin harta benda dan wang ringgit (tapi kaya harapan). Nantilah, kalau dah kaya esok - kami beli aircond untuk rumah PENA (dan baiki bumbung yang selalu bocor).

Doakan!

Anonymous said...

salam

Maskara itu apa? Salam ziarah dari saya

Salina said...

Jit murad ke, krishen jit?

fadz said...

tok, kehadiran tok memberi sinar malam tu!

amyz, trimas:)

diela, yeap

madu, maaf..!

azwan, dont be stupid..of coz i dont put hate or discriminate (sekarang u cepat terasa atas perkara2 kecil, and dats being silly) the ones who drink, did i say that?.. but i just wanted to show, we dont need wine and jazz to have fun...like me, and Maskara 5 buktikan, it was actually, very enjoying night indeed (i have asked around my friends, why they need wine, they say to 'naikkan' mood, to feel merry, hence the point u turd)..

aziezah, u were the one? huhu, congrats..

naga, huhu, kewl!

wardah, sila tanya empunya organisasi: sol-jah.blogspot.com

salina, maaf, saya bukan wartawan, saya mmg crap sikit, perlu secretary hal2 jotting down ni..

fadz said...

tok, kehadiran tok memberi sinar malam tu!

amyz, trimas:)

diela, yeap

madu, maaf..!

azwan, dont be stupid..of coz i dont put hate or discriminate (sekarang u cepat terasa atas perkara2 kecil, and dats being silly) the ones who drink, did i say that?.. but i just wanted to show, we dont need wine and jazz to have fun...like me, and Maskara 5 buktikan, it was actually, very enjoying night indeed (i have asked around my friends, why they need wine, they say to 'naikkan' mood, to feel merry, hence the point u turd)..

aziezah, u were the one? huhu, congrats..

naga, huhu, kewl!

wardah, sila tanya empunya organisasi: sol-jah.blogspot.com

salina, maaf, saya bukan wartawan, saya mmg crap sikit, perlu secretary hal2 jotting down ni..

Anonymous said...

That’s my point, my dear! The discrimination & prejudice in the scenes. Not by those people who drink only (at the pubs & galleries, or Silverfish), but those who are under the ‘dewan’ & ‘rumah’. You know the scenes I’m talking about. Discrimination & prejudice come from both sides. Itulah yang aku tegaskan pasal ‘dinding’. Isu yang yang sama ditegaskan oleh Krishen Jit. Dari apa yang aku baca & dengar, Maskara boleh dikatakan mula berjaya meruntuhkan ‘dinding’ itu. Aku berasa bangga. Semoga selepas ini yang ‘ di sebelah dinding’ itu pun akan diberi peluang & dinikmati juga. Itulah isi komen aku. Aku tak tuju pada kau pun mengenai ‘discrimination & hate’ tu. Cuma pasal ‘feel merry’ yang aku kurang perasan itu yang kau maksudkan dengan ‘arak & jazz’. Tapi aku pun sekadar beri pendapat berdasarkan pemerhatian bahawa tak semua yang hadir ke tempat sedemikian minum arak & layan atau tahu mengenai jazz (kadang-kadang bukan jazz pun yang berkumandang!). Aku rasa (& berharap) mereka semua datang dengan tujuan utama untuk menikmati & meraikan sastera & seni. Yang lain cuma sampingan.
Nampaknya cuma berkata-kata beri pendapat pun sekarang dah digelar bodoh. Tidak salah mudah terasa & sensitif, berbanding orang yang cepat melenting, marah & menuduh tanpa usul periksa. Kesian aku, dah jadi bodoh sekarang... (Huh, I think I really need my pinot noir & Nina Simone now, & Latif Mohidin too, a lot of Latif Mohidin!)

fadz said...

iyelah cik azwan... maaf, saya yg tersilap ..

kekure said...

maskara 5 adalah yg paling bosan berbanding maskara yg lain..
mc yg over,tempat yg sesak,spoiler oleh penulis..mungkin saya patut duduk dirumah menonton dvd dan membaca buku sahaja..

kekure yg tak pandai seni

Anonymous said...

maaf, ada ralat: Norhayati Ibrahim adalah penulis jutawan no. 2 selepas Ahadiat Akasyah, bukan Salina Ibrahim. Nama dekat2 sama daaa.. maaf puan!!

Anonymous said...

maaf, ada ralat: Norhayati Ibrahim adalah penulis jutawan no. 2 selepas Ahadiat Akasyah, bukan Salina Ibrahim. Nama dekat2 sama daaa.. maaf puan!!